Tiara Andini (album)

Tiara Andini
Album studio oleh
Dilancarkan pada17 Disember 2021 (2021-12-17)
Dirakamkan pada2020—2021
TempatIndonesia
Studio
  • GS03 UK Studio
  • Bro's Studio
Genre
Panjang30:42
BahasaIndonesia
SyarikatUniversal Music Indonesia
Penerbit
  • Yovie Widianto
  • Adrian Kitut
  • Laleilmanino
  • Bemby Noor
  • Yang Sultan Bestari
  • Emil Mahenra
  • Asta Andoko
  • Ramadhan Handy
Kronologi Tiara Andini
Arti untuk Cinta
(2021)
Tiara Andini
(2021)
Single daripada Tiara Andini
  1. "Gemintang Hatiku"
    Dikeluarkan: 28 Februari 2020
  2. "Maafkan Aku #terlanjurmencinta"
    Dikeluarkan: 26 Jun 2020
  3. "365"
    Dikeluarkan: 21 Ogos 2020
  4. "Hadapi Berdua"
    Dikeluarkan: 28 Mei 2021
  5. "Buktikan"
    Dikeluarkan: 1 Oktober 2021
sunting · sunting di Wikidata

Tiara Andini merupakan album studio pertama oleh penyanyi dan pelakon wanita Indonesia, Tiara Andini. Album ini merupakan album solo penuh sulung Tiara Andini selepas sebelum ini mengeluarkan mini album, Arti untuk Cinta bersama Arsy Widianto. Album eponim ini dikeluarkan pada penghujung tahun 2021 melalui syarikat rakaman Universal Music Indonesia, mengandungi lapan lagu, yang mana terdapat lima single yang dikeluarkan sebelum ini.

Pada 8 Disember 2022, album ini memenangi anugerah Album of the Year di Indonesian Music Awards 2022 yang diadakan di Studio RCTI+, Jakarta, selepas mendapat tempat pertama dalam undian dalam talian—menewaskan album Manusia oleh Tulus, Tutur Batin oleh Yura Yunita, Time oleh D'Masiv, dan Wijayakusuma oleh Ardhito Pramono.