Muzik pop
| Muzik Pop | |
|---|---|
| Maklumat am | |
| Nama asli | Pop-music |
| Asalan gaya | Berbagai-bagai pengaruh, khususnya Rock 'n' Roll dan Ritma dan Blues |
| Asalan budaya | Amerika Syarikat 1950-an |
| Asal usul | Amerika Syarikat, United Kingdom |
| Dicipta | 1950 |
| Alat muzik tipikal | Gitar elektrik, Gitar bes, Dram, Papan nada, Pensintesis |
| Sebahagian daripada | Muzik popular |
| Subgenre | |
| Pop Bubblegum - Muzik pop tradisional | |
| Genre lakuran | |
| Punk Pop - Rap Pop - Pop Power | |
| Latar wilayah/serantau | |
| Asia: Kantopop, Pop Mandarin, Pop India, J-pop, K-pop, String (Pop Thailand) - Eropah: Europop, Britpop, Nederpop - Amerika: Amerika Syarikat, Música Popular Brasileira | |
| Topik lain | |
| Budaya Pop - Pancaragam lelaki - Pancaragam wanita | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Muzik Pop ialah sejenis genre yang penting dalam muzik popular yang dibezakan daripada muzik klasikal atau muzik seni, serta daripada muzik rakyat. Istilah ini menunjukkan sifat-sifat stilistik yang khusus, tetapi genre ini juga merangkumi seniman-seniman yang menggunakan banyak gaya, seperti rock, hip hop, ritma and blues (R&B), dan lagu rakyat Amerika. Oleh itu, "muzik pop" bolehlah dikatakan satu kategori yang fleksibel. Selain itu, istilah "muzik pop" juga boleh digunakan untuk merujuk kepada rock lembut atau pop rock.