ThyssenKrupp

ThyssenKrupp AG
Jenis/bentuk sahAktiengesellschaft
Didagangkan sebagaiFWBTKA, LSE: 0O1C
ISINDE0007500001 
IndustriKonglomerat
PendahuluThyssen AG, Krupp
Ditubuhkan1999
Ibu pejabatDuisburg dan Essen (pentadbiran), Essen (ibu pejabat operasi), Jerman
Kawasan perkhidmatanSeluruh dunia
Tokoh pentingHeinrich Hiesinger (CEO dan pengerusi lembaga pengarah), Gerhard Cromme (Pengerusi lembaga penyeliaan)
KeluaranKeluli, produk tahan karat, teknologi automotif, teknologi loji janakuasa, sistem lif, sistem marin, pembinaan kapal, perkhidmatan
Hasil 43.356 bilion (2011)
Pendapatan kendalian €284 juta (2011)
Pendapatan bersih €1.783 bilion (2011)
Modal2,166,000,000 (2024) 
Jumlah aset €43.603 bilion (2011)
Jumlah ekuiti €10.382 bilion (2011)
PemilikAlfried Krupp von Bohlen und Halbach Foundation 
Bilangan kakitangan180,050 (2011)
Anak syarikatThyssenKrupp (Liechtenstein), ThyssenKrupp (United Kingdom), ThyssenKrupp (Brazil), ThyssenKrupp (Italy), Blohm + Voss, Thyssenkrupp Automotive Body Solutions, Thyssenkrupp Steel Europe 
Tapak webwww.thyssenkrupp.com
sunting · sunting di Wikidata
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Kotak info syarikat with unknown parameter "intl"

ThyssenKrupp AG (IPA: /ˈtɪsɛn.krʊp/) merupakan sebuah perbadanan konglomerat berbilang negara yang berpangkalan di Duisburg dan Essen, Jerman. Ia terdiri daripada 670 buah syarikat dari seluruh dunia. Walaupun ThyssenKrupp adalah salah satu pengeluar keluli terbesar di dunia, perbadanan ini juga menyediakan komponen dan sistem untuk industri automotif, lif, tangga gerak, perdagangan bahan dan perkhidmatan perindustrian. Ketika penyusunan semula syarikat pada tahun 2009, ia telah disusun kepada lapan bidang perniagaan yang dikelompokkan ke dalam dua bahagian utama iaitu 'Bahan' dan 'Teknologi'. Bahagian Bahan memberi tumpuan kepada keluli karbon, keluli tahan karat dan perkhidmatan bahan manakala bahagian Teknologi pula memfokuskan kepada lif, loji dan teknologi komponen, dan sistem marin.

Pada asalnya, syarikat merupakan dua entiti badan yang berbeza iaitu Thyssen AG dan Krupp sebelum penggabungan dilakukan pada 1999 dan kini ibu pejabatnya beroperasi di Essen. Pemegang saham terbesar syarikat ini adalah Yayasan Alfried Krupp von Bohlen und Halbach, sebuah yayasan kedermawanan utama di Jerman, di mana ia dicipta dan dinamakan sebagai penghromatan kepada Alfried Krupp von Bohlen und Halbach, bekas pemilik dan ketua syarikat Krupp.

Di negara Sepanyol, ThyssenKrupp mengeluarkan lif sebagai hasil utamanya, di mana ia menjana pendapatan sebanyak €1.6 bilion dan mempunyai 5,500 pekerja di situ. Di Itali pula, syarikat ini sebahagian besarnya menghasilkan keluli tahan karat dan ia menjana pendapatan sehingga €2.3 bilion. Perniagaan di kedua-dua negara tersebut membentuk 9% daripada kesemua jualan untuk syarikat.