Thunnini
| Aya Julat zaman: Ypres-kini ,
| |
|---|---|
| Aya (dari atas): albakor, aya sirip biru Atlantik, aya jepun, aya sirip kuning, aya semambu | |
| Pengelasan saintifik | |
| Domain: | Eukaryota |
| Alam: | Haiwan |
| Filum: | Chordata |
| Kelas: | Actinopterygii |
| Order: | Scombriformes |
| Keluarga: | Scombridae |
| Subkeluarga: | Scombrinae |
| Tribus: | Thunnini Starks, 1910 |
| Genus | |
| |
Thunnini ialah suku ikan air masin yang sering dikenali sebagai aya atau tuna, dalam keluarga kembung, Scombridae. Thunnini terdiri daripada 15 spesies dalam lima genus. Saiznya sangat berubah-ubah, dari aya peluru (panjang maks: 50 cm atau 1.6 ka, berat: 1.8 kg atau 4 lb) hinggalah aya sirip biru Atlantik (panjang maks: 4.6 m atau 15 ka, berat: 684 kg atau 1,508 lb) yang puratanya 2 m (6.6 ka) dan dipercayai hidup sampai 50 tahun.
Sebagai pemangsa yang aktif dan tangkas, aya mempunyai badan yang ramping, bergaris arus dan merupakan antara ikan pelagik paling cepat berenang – aya sirip kuning contohnya mampu berenang mencapai kelajuan 75 km/j (47 mph).
Di lautan panas, aya ditangkap secara komersial khususnya sebagai ikan makan, dan terkenal sebagai ikan sukan di laut biru. Akibat penangkapan yang berlebihan, beberapa spesies aya seperti aya sirip biru selatan, terancam pupus. Ikan aya bertaburan luas di lautan-lautan beriklim sederhana dunia.