Aya sirip kuning

Aya sirip kuning
Pengelasan saintifik
Domain: Eukaryota
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Actinopterygii
Order: Scombriformes
Keluarga: Scombridae
Genus: Thunnus
Subgenus: Neothunnus
Spesies:
T. albacares
Nama binomial
Thunnus albacares
Bonnaterre, 1788
Sinonim

Templat:Specieslist

Aya sirip kuning atau tuna sirip kuning (Thunnus albacares) ialah spesies aya yang ditemukan di perairan pelagik lautan tropika dan subtropika dunia. Ia merupakan ikan laut yang penting untuk pasaran makanan. Ia mempunyai isi yang tebal dan bersaiz agak besar, dan hidup berkawan.

Aya ini turut dikenali umum sebagai aya tuna, tongkol, kayu atau bakulan. Di barat, ia biasa dipasarkan sebagai ahi, daripada bahasa Hawaii ʻahi, yang merujuk kepada spesies terdekat aya semambu (Thunnus obesus). Nama spesies albacares pula bermaksud "daging putih".