Piala Thomas
| Musim ini, persaingan atau edisi: Piala Thomas & Uber 2024 | |
| Sukan | Badminton |
|---|---|
| Ditubuhkan | 1949 |
| Pengasas | George Alan Thomas |
| Bil. pasukan | 16 |
| Juara lalu | China (gelaran ke-11) |
| Juara terbanyak | Indonesia (14 gelaran) |
| Laman web rasmi | Piala Thomas |
Kejohanan Piala Thomas ialah sebuah kejohanan utama badminton peringkat antarabangsa bagi berpasukan lelaki. Kejohanan ini berlangsung setiap dua tahun. Kejohanan ini diberi nama Piala Thomas bersempena dengan nama bekas Presiden BWF, Sir George Alan Thomas yang menderma piala ini pada tahun 1939. Pertandingan pertama berlangsung pada tahun 1948-1949. Pertandingan bagi berpasukan wanita pula diadakan pada tahun 1956 dan dikenali sebagai Piala Uber.
Pusingan kalah mati menentukan juara, lima perlawanan (3 perseorangan dan 2 beregu) pada setiap satu peringkat. Pasukan pertama yang berjaya memenangi 3 perlawanan pertama mara ke pusingan berikutnya
Juara bertahan Piala Thomas dan pemegang gelaran terbanyak Piala Thomas sekarang ialah Indonesia.