This Is America
| "This Is America" | ||||
|---|---|---|---|---|
| Single oleh Childish Gambino | ||||
| Dilancarkan | 6 Mei 2018 | |||
| Genre |
| |||
| Panjang | 3:45 | |||
| Syarikat |
| |||
| Penulis |
| |||
| Penerbit |
| |||
| Kronologi single Childish Gambino | ||||
| ||||
| "This Is America" di YouTube | ||||
| sunting · sunting di Wikidata | ||||
"This Is America" ("Beginilah Amerika Syarikat") adalah lagu hip-hop 2018 karya Childish Gambino (nama pentas Donald Glover) bersama Ludwig Göransson, dengan penulisan tambahan oleh Young Thug. Ia diterbitkan pada 6 Mei 2018 sempena pengacaraan Gambino dalam episod Saturday Night Live. Lagu ini menampilkan vokal latar Young Thug, Slim Jxmmi (dari Rae Sremmurd), BlocBoy JB, Quavo (dari Migos), dan 21 Savage.
Senikata lagu dan video muzik iringannya menekankan kelompongan taraf hidup yang dialami masyarakat kulit hitam Amerika Syarikat sepanjang langsung hayat mereka termasuk buruk sangka, pengasingan besar dan penghukuman tidak adil serta kekejaman ke atas mereka ditekankan perjuangan Black Lives Matter serta kes-kes penembakan ramai dan kemudahcapaian senjata api yang bebas di sana.
"This Is America" menjadi lagu ke-31 yang naik tangga pertama di carta Billboard Hot 100 Amerika Syarikat malah single tangga pertama Gambino di negara tersebut. Ia juga menduduki puncak tangga lagu di Australia, Kanada dan New Zealand. Lagu ini memenangi keempat-empat pencalonan kategori Rakaman Terbaik, Lagu Terbaik, Penampilan Rap Terbaik, dan Video Muzik Terbaik dalam temasya Anugerah Grammy Awards ke-61 pada tahun 2018.