Ghetto
Ghetto adalah sebuah bahagian daripada kota dimana ahli-ahli kelompok minoriti hidup, biasanya akibat tekanan sosial, perundangan, atau tekanan ekonomi. Istilah ini pada asalnya digunakan di Venezia untuk menggambarkan bahagian kota bagi orang Yahudi yang sempit, sesak dan terasing tetapi istilah ini telah digunakan dalam pelbagai konteks.