Theravada
|
Sebahagian daripada siri
| |
|---|---|
|
Agama-agama Dharma | |
|
Asas | |
|
Empat Kebenaran Mulia | |
|
Konsep-konsep Utama | |
|
Tiga tanda kewujudan | |
|
Tokoh Utama | |
|
Gautama Buddha | |
|
Amalan dan Pencapaian | |
|
Tahap Buddha · Budisatwa | |
|
Kawasan-kawasan | |
|
Asia Tenggara · Asia Timur | |
|
Mazhab | |
|
Teks | |
|
Hukum Pali · Sutra Mahayana | |
|
Kajian Perbandingan | |
|
| |
Theravāda ialah aliran tertua agama Buddha Aliran ini terbentuk hasil pemeliharaan ajaran-ajaran disebarkan Gautama Buddha sejak lebih seabad dalam gerakan Mahāvihāra cabang Vibhajjavāda yang mula bertapak di Sri Lanka moden pada abad ke-3 SM sebelum tersebar luas ke Asia Tenggara. Aliran ini diamalkan utama di negara-negara Kemboja, Laos, Myanmar, Sri Lanka dan Thailand, secara kecilan di India, Bangladesh, China, Nepal, dan Vietnam dan diaspora dari dua-dua kelompok ini serata dunia; ia lazim diamalkan dalam rantau Nusantara khususnya di Thailand Selatan dan Kelantan di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Bahasa Pali merupakan bahasa utama yang digunakan dalam upacara agama dan urusan pendidikan para penganut aliran ini.
Aliran ini bercirikan pendekatan yang konservatif terhadap pelaksanaan aspek-aspek anutan tertentu termasuk asas kepercayaan (pariyatti) serta amalan pengabdian dan pengasingan diri dari harta kebendaan (vinaya).