The Revenant (filem 2015)
| The Revenant | |
|---|---|
Poster bioskop | |
| Pengarah | Alejandro G. Iñárritu |
| Lakon layar | Mark L. Smith Alejandro G. Iñárritu |
| Berdasarkan | The Revenant oleh Michael Punke |
| Dihasilkan oleh | Arnon Milchan Steve Golin Alejandro G. Iñárritu David Kanter Mary Parent James W. Skotchdopole Keith Redmon |
| Dibintangi | Leonardo DiCaprio Tom Hardy Domhnall Gleeson Will Poulter |
| Sinematografi | Emmanuel Lubezki |
| Disunting oleh | Stephen Mirrione |
| Muzik oleh | Ryuichi Sakamoto Alva Noto Bryce Dessner |
Syarikat penerbitan | |
| Diedarkan oleh | 20th Century Fox |
Tarikh tayangan | 16 Desember 2015 (TCL Chinese Theatre) 25 December 2015 (Amerika Serikat) 3 Februari 2016 (Indonesia) |
Masa tayangan | 156 menit |
| Negara | Amerika Serikat |
| Bahasa | Inggris |
| Bajet | $135 juta |
| Pecah panggung | $151,8 juta |
The Revenant ialah filem epik barat yang disutradarai Alejandro G. Iñárritu. Naskahnya ditulis oleh Iñárritu dan Mark L. Smith, diambil daripada The Revenant: A Novel of Revenge karya Michael Punke. Filem ini terinspirasi oleh pengalaman peneroka dan pemburu kulit Hugh Glass. Berlatar di Montana dan Dakota Selatan tahun 1823, filem ini dibintangi oleh Leonardo DiCaprio sebagai Glass, serta Tom Hardy, Will Poulter, dan Domhnall Gleeson.
Filem ini mula dikembangkan pada Ogos 2001 ketika Akiva Goldsman membeli naskah Punke untuk dijadikan filem. Filem ini rancangannya disutradarai Park Chan-wook dengan bintang utama Samuel L. Jackson, lalu John Hillcoat dengan bintang utama Christian Bale. Kedua pengarah berundur, dan González Iñárritu dikontrak untuk menyutradarai filem ini pada bulan Ogos 2011. Pada April 2014, selepas beberapa kali pengeluarannya tertunda kerana terlibat projek lain, González Iñárritu mengumumkan bahawa ia sudah memulakan pengeluaran The Revenant dan melibatkan DiCaprio sebagai bintang utama. Filem ini merupakan kolaborasi kedua antara DiCaprio dan Tom Hardy (filem sebelumnya ialah Inception). Fotografi utama dilakukan bulan Oktober 2014. Permasalahan lokasi dan krew menyebabkan pengeluarannya dimundurkan dari Mei hingga Ogos 2015.
The Revenant tayang perdana di TCL Chinese Theatre, Los Angeles, tanggal 16 Disember 2015. Filem ini dirilis terhad tanggal 25 Disember 2015 dan dirilis luas tanggal 8 Januari 2016. Filem ini mendapatkan kadar positif dari sejumlah pengkritik; mereka memuji penampilan DiCaprio dan Hardy, prestasi González Iñárritu sebagai pengarah, dan sinematografi Lubezki. The Revenant memenangi tiga Golden Globe Awards, dan mendapatkan 12 pencalonan Academy Awards ke-88, termasuk kategori Best Picture, Best Director, Best Actor (DiCaprio), dan Best Supporting Actor (Hardy).