The Legend of Zelda (permainan video)

The Legend of Zelda
PembangunNintendo R&D4
PenerbitNintendo
PengarahShigeru Miyamoto
Takashi Tezuka
PengeluarShigeru Miyamoto
Pereka bentukShigeru Miyamoto, Koji Kondo dan Takashi Tezuka
Pengatur caraToshihiko Nakago
Yasunari Soejima
I. Marui
Penulis/pengarangTakashi Tezuka
PenggubahKoji Kondo
SiriThe Legend of Zelda
PelantarFamily Computer Disk System, NES/Famicom, GameCube, Game Boy Advance, Virtual Console (Wii, Nintendo 3DS, Wii U)
Dilancarkan pada
21 Februari 1986
  • Famicom Disk System
    • JP: 21 Februari 1986
    NES/Famicom
    • NA: 22 Ogos 1987
    • PAL: 15 November 1987
    • JP: 19 Februari 1994
    Game Boy Advance
    • JP: 14 Februari 2004
    • NA: 2 Jun 2004
    • PAL: 9 Julai 2004
    Virtual Console
    Wii
    • NA: 19 November 2006
    • EU: 8 Disember 2006
    Nintendo 3DS
    Ambassador Program
    • INT: 1 September 2011
    Full Version
    • JP: 22 Disember 2011
    • PAL: 12 April 2012
    • NA: 5 Julai 2012
    Wii U
    • JP: 28 Ogos 2013
    • INT: 29 Ogos 2013
GenreAksi-pengembaraan
ModPemain tunggal
Pautan luar
Tapak sesawangzelda.com…
Pautan lain
sunting · sunting di Wikidata

The Legend of Zelda (ゼルダの伝説, Zeruda no Densetsu), berkata tanda The Hyrule Fantasy dalam keluaran asalnya, ialah permainan video 1986 yang dibangunkan dan dikeluarkan oleh Nintendo, dikeluarkan di Amerika Utara pada 1987, dan direka oleh Shigeru Miyamoto dan Takashi Tezuka. Permainan ini berlatartempatkan sebuah dunia fantasi Hyrule dan plotnya berpusatkan seorang budak lelaki bernama Link, watak protagonis boleh dimainkan, yang misinya mengumpul kelapan-lapan pecahan Triforce Kebijaksanaan (Triforce of Wisdom) untuk menyelamatkan Puteri Zelda daripada watak antagonis, Ganon. Di sepanjang permainan, pemain melihat Link dari perspektif atas ke bawah dan perlu membawanya melalui dunia permukaan dan beberapa kurungan (dungeon), mengalahkan musuh-musuh dan mencari rahsia-rahsia yang tersembunyi sepanjang perjalanannya.

Permainan video ini adalah yang pertama dalam siri The Legend of Zelda dan dikeluarkan di Jepun sebagai permainan pelancaran (launch title) bagi peranti persisian Family Computer Disk System. Lebih setahun kemudian, Amerika Utara dan Eropah menerima keluaran-keluaran permainan ini untuk Nintendo Entertainment System dalam bentuk kartrij, menjadikannya permainan konsol di rumah pertama yang disertakan dengan bateri dalaman untuk menyimpan data. Pada 1994, versi ini akan dikeluarkan sekali lagi di Jepun, kini dinamakan The Legend of Zelda 1 (ゼルダの伝説1, Zeruda no Densetsu Wan). Terdapat juga keluaran-keluaran semula permainan ini untuk Gamecube, Game Boy Advance dan Virtual Console.

The Legend of Zelda ialah permainan Nintendo yang sangat laris, terjual sebanyak 6.5 juta salinan. Ia selalu dimasukkan dalam senarai permainan-permainan video yang terhebat atau paling memberi impak dan dikira sebagai pelopor rohaniah bagi permainan video berperanan. Permainan ini menghasilkan satu sekuel, beberapa prekuel, dan beberapa terbitan turunan; siri ini kini menjadi salah satu siri paling popular Nintendo.