The Legend of Zelda

The Legend of Zelda
Logo terkini The Legend of Zelda
GenreAksi-pengembaraan
PembangunNintendo EAD
Capcom/Flagship
Vanpool
Grezzo
Monolith Soft
PenerbitNintendo
PenciptaShigeru Miyamoto
Takashi Tezuka
Eiji Aonuma
Koji Kondo
PlatformGame and Watch
Game Boy
Game Boy Color
Game Boy Advance
Nintendo DS
Nintendo DSi
Nintendo 3DS
Nintendo Entertainment System
Super Nintendo Entertainment System
Philips CD-i
Nintendo 64
Nintendo GameCube
Wii
Wii U
Virtual Console
Keluaran pertamaThe Legend of Zelda
21 Februari 1986
Keluaran terkiniHyrule Warriors
26 September 2013
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Infobox VG series dengan parameter "website" yang tidak diketahui
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Infobox VG series dengan parameter "show image" yang tidak diketahui
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Infobox VG series dengan parameter "Zelda" yang tidak diketahui
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Infobox VG series dengan parameter "platform of origin" yang tidak diketahui

The Legend of Zelda (ゼルダの伝説, Zeruda no Densetsu) ialah siri permainan video aksi-pengembaraan bertemakan fantasi tinggi yang dicipta oleh pereka permainan video Jepun, Shigeru Miyamoto, Takashi Tezuka dan Eiji Aonuma. Ia dibangunkan dan diterbitkan oleh Nintendo, dengan beberapa siri mudah alih yang dihasilkan oleh Flagship/Capcom, Vanpool dan Grezzo. Permainannya meliputi unsur aksi, kembara dan penyelesaian teka-teki (puzzle solving). Francais ini dianggap sebagai salah satu francais Nintendo yang paling penting dan terkenal.

Siri ini tertumpu kepada Link, watak yang boleh dimainkan. Link selalunya diberikan tugas menyelamatkan Puteri Zelda dan Hyrule daripada Ganondorf, seorang pencuri berbangsa Gerudo yang merupakan antagonis utama dalam siri ini. Namun, ada juga latar dan antagonis yang berlainan muncul dalam permainan ini; Vaati, misalnya, merupakan antagonis kedua yang muncul dalam keluaran Game Boy Advance siri ini. Kisah permainan ini biasanya melibatkan suatu relik yang dikenali sebagai Triforce, satu peranggu segi tiga keemasan yang omnipotens. Protagonis dalam setiap permainan biasanya bukan Link yang sama, tetapi ada beberapa pengecualian bagi hal ini.

Siri The Legend of Zelda terdiri daripada 17 permainan rasmi yang boleh dimainkan dalam semua konsol permainan utama Nintendo, dan juga beberapa terbitan turunan (spin-off). Siri animasi Amerika yang berdasarkan permainan video ini telah disiarkan pada 1989, dan adaptasi-adaptasi manga yang telah diterima dan dipesan oleh Nintendo telah dihasilkan di Jepun sejak 1997. Setakat 2011, siri ini telah terjual sebanyak 67 juta salinan.