The Legend of Zelda: Ocarina of Time 3D

The Legend of Zelda:
Ocarina of Time 3D
PembangunNintendo EAD, Tokyo
Grezzo
PenerbitNintendo
PengarahShun Moriya
Mikiharu Ooiwa
Hiroyuki Kuwata
PengeluarEiji Aonuma
Takao Shimizu
Koichi Ishii
PenggubahKoji Kondo
SiriThe Legend of Zelda
PelantarNintendo 3DS
Dilancarkan padaJP 2011061616 Jun 2011

EU 17 Jun 2011
NA 2011061919 Jun 2011
AU 30 Jun 2011
ROK 2012092727 September 2012
ROC 27 Oktober 2012
Nintendo eShop
PAL 4 Oktober 2012
NA 18 Oktober 2012

JP 1 November 2012
GenreAksi-pengembaraan
ModPemain tunggal
Pautan luar
Tapak sesawangzelda.com…
Pautan lain
sunting · sunting di Wikidata

The Legend of Zelda: Ocarina of Time 3D (ゼルダの伝説 時のオカリナ 3D, Zeruda no Densetsu: Toki no Okarina 3D) ialah permainan video aksi-pengembaraan yang dibangunkan bersama oleh Grezzo dan Nintendo untuk konsol permainan pegangan tangan Nintendo 3DS. Permainan ini dikeluarkan pada 16 Jun 2011 di Jepun, 17 Jun 2011 di Eropah, 19 Jun 2011 di Amerika Utara dan 30 Jun 2011 di Australia; namun, ia dikeluarkan lebih awal pada 24 Jun 2011 di sesetengah kedai. Permainan ini mengandungi versi terkemas kini The Legend of Zelda: Ocarina of Time dan versi tercermin kurungan-kurungan (dungeons) disusun semula daripada versi Master Quest permainan itu, beserta dengan grafik terkemas kini dan tambahan kesan 3D. Pembuatan semula ini disanjung tinggi oleh pengkritik dan menerima markah-markah penuh daripada lebih 20 terbitan, serta sesetengah menggelarnya salah satu pembuatan semula yang terbaik sepanjang masa. Ia juga merupakan kejayaan komersial dengan menjadi permainan 3DS pertama yang mencapai takat satu juta jualan. Permainan ini ialah permainan Nintendo 3DS kesembilan paling laris dijual, dengan 3.36 juta unit dijual.

Nintendo mengeluarkan permainan ini, bersama-sama beberapa permainan mereka yang telah diterbitkan lebih awal untuk Nintendo 3DS, sebagai tajuk boleh dimuat turun melalui Nintendo eShop. Versi boleh muat turun dikeluarkan di rantau PAL pada 4 Oktober 2012, 18 Oktober 2012 di Amerika Utara, dan 1 November 2012 di Jepun.