The Incredibles

The Incredibles
PengarahBrad Bird
PenulisBrad Bird
Dihasilkan olehJohn Walker
DibintangiCraig T. Nelson
Holly Hunter
Sarah Vowell
Spencer Fox
Jason Lee
Samuel L. Jackson
Elizabeth Peña
Brad Bird
SinematografiAndrew Jimenez
Patrick Lin
Janet Lucroy
Disunting olehStephen Schaffer
Muzik olehMichael Giacchino
Diedarkan olehBuena Vista Pictures Distribution
Tarikh tayangan
  • 27 Oktober 2004 (2004-10-27) (BFI London Film Festival)
  • 5 November 2004 (2004-11-05) (United States)
Masa tayangan
115 minit
NegaraAmerika Syarikat
BahasaBahasa Inggeris
Bajet$92 juta
Pecah panggung$631,442,092

The Incredibles ialah sebuah filem cetera animasi komputer Amerika Syarikat yang dikeluarkan oleh Pixar untuk Walt Disney Pictures pada 2004 dan juga pemenang Anugerah Academy, yang mengisahkan sekeluarga adiwira. Filem ini dikarang dan diarah oleh Brad Bird, seorang bekas pengarah The Simpsons yang sebelum ini paling dikenali kerana mengarah filem animasi The Iron Giant pada tahun 1999. The Incredibles asalnya dimajukan sebagai filem animasi tradisional untuk Warner Bros., tetapi selepas Warner menutup bahagian animasinya, Bird beralih ke Pixar dan membawa bersama ceritanya.

The Incredibles ialah filem cetera Pixar keenam yang dipersembahkan oleh Walt Disney Pictures dan dikeluarkan oleh Buena Vista Distribution di Amerika Utara pada 5 November 2004, dan juga filem Pixar pertama yang diklasifikasi "PG" (bimbingan ibu bapa) oleh MPAA dan juga filem Pixar pertama yang menampilkan barisan watak-watak manusia sepenuhnya.