The Hunger Games: Catching Fire

The Hunger Games:
Catching Fire
PengarahFrancis Lawrence
Lakon layar
  • Simon Beaufoy
  • Michael deBruyn
BerdasarkanCatching Fire oleh
Suzanne Collins
Dihasilkan oleh
  • Nina Jacobson
  • Jon Kilik
Dibintangi
SinematografiJo Willems
Disunting olehAlan Edward Bell
Muzik olehJames Newton Howard
Syarikat
penerbitan
Color Force
Diedarkan olehLionsgate Films (US/UK) StudioCanal (Jerman) Universal Studios (Itali)
Tarikh tayangan
  • 11 November 2013 
    (London)
  • 22 November 2013 
    (Amerika Syarikat)
Masa tayangan
146 minit
NegaraAmerika Syarikat
BahasaEnglish
Bajet$130–140 juta
Pecah panggung$865 juta

The Hunger Games: Catching Fire ialah sebuah filem sains fiksyen distopia Amerika Syarikat 2013 berdasarkan novel Suzanne Collins, Catching Fire (2009), siri kedua dalam trilogi The Hunger Games. Filem ini merupakan sekuel kepada The Hunger Games (2012) dan merupakan filem kedua dalam siri filem The Hunger Games, diterbitkan oleh Nina Jacobson dan Jon Kilik serta diedarkan oleh Lionsgate. Francis Lawrence mengarah filem ini dengan lakon layar oleh Simon Beaufoy dan Michael Arndt. Menambah kepada barisan pelakon sedia ada, barisan pelakon pembantu diisi oleh Philip Seymour Hoffman, Jeffrey Wright, Jena Malone, Sam Claflin, Lynn Cohen, Amanda Plummer, Alan Ritchson dan Meta Golding. Penggambaran bermula pada 10 September 2012 di Atlanta, Georgia sebelum berpindah ke Hawaii. Plot Catching Fire mengambil tempat beberapa bulan selepas filem sebelumnya; Katniss Everdeen dan Peeta Mellark telah kembali ke rumah dengan selamat selepas memenangi Hunger Games ke-74. Sepanjang cerita, Katniss dapat merasai bahawa pemberontakan terhadap Capitol sedang meningkat di seluruh daerah.

The Hunger Games: Catching Fire ditayangkan pada 15 November 2013 di Brazil; 20 November di Finland, Sweden dan Norway; 21 November di United Kingdom dan 22 November di Amerika Syarikat. Filem ini mengutip $865 juta di seluruh dunia dan merupakan filem dengan kutipan tertinggi dalam siri The Hunger Games. Filem ini disusuli dengan sekuel dua bahagian The Hunger Games: Mockingjay: Part 1 ditayangkan pada 21 November 2014 di Amerika Syarikat dan Part 2 pada 20 November 2015. Catching Fire menerima ulasan positif dan secara meluas dianggap oleh pengkritik sebagai peningkatan berbanding filem sebelumnya; pujian juga diberikan kepada lakonan Lawrence sebagai Katniss. Ia merupakan filem yang menerima pujian paling meluas dalam siri The Hunger Games menurut laman web Rotten Tomatoes. Filem ini juga menerima banyak pencalonan anugerah.