The Good Doctor

The Good Doctor
Genre
Berdasarkan daripada
Good Doctor oleh
Park Jae-bum
Dibangunkan oleh
  • David Shore
Dibintangi oleh
PenggubahDan Romer
Negara asalAmerika Syarikat
BahasaEnglish
Bilangan musim7
Bilangan episod126
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • David Shore
  • Seth Gordon
  • Daniel Dae Kim
  • Erin Gunn
  • David Kim
  • Sebastian Lee
  • Mike Listo
  • Thomas L. Moran
  • Lindsay Goffman
Penerbit
  • Ron French
  • Freddie Highmore
  • Konshik Yu
  • Min Soo Kee
  • Shawn Williamson
LokasiVancouver, British Columbia
Pemasangan kamera
Single-camera
Tempoh siaran41–43 minit
Syarikat penerbitan
Syarikat pengedaran
Sony Pictures Television
Penyiaran
Saluran asalABC
Format gambar720p (HDTV)
Format audio5.1 surround sound
Siaran asal25 September 2017 (2017-09-25) – present (present)
Kronologi
Rancangan berkaitan
Good Doctor
Pautan luar
Laman rasmi

The Good Doctor merupakan sebuah siri televisyen drama perubatan Amerika Syarikat yang diadaptasi dari siri televisyen Korea Selatan dengan judul yang sama yang disiarkan pada tahun 2013. Pelakon Daniel Dae Kim merupakan yang terawal menyedari siri ini dan membeli hak untuk syarikat penerbitannya. Beliau mula mengadaptasi siri ini dan menjualnya kepada CBS pada tahun 2015. CBS memutuskan untuk tidak membuat pilot. Kim membeli semula hak tersebut dari CBS. Akhirnya, Sony Pictures Television dan Kim bekerjasama dan membawa David Shore, pencipta drama perubatan, House, untuk membangunkan siri ini.Di Malaysia siri ini ditayangankan di TV2.

Siri ini diterbitkan oleh Sony Pictures Television dan ABC Studios, dengan kerjasama dengan Shore Z Productions, 3AD, dan Entermedia. David Shore berperanan sebagai showrunner manakala Daniel Dae Kim sebagai penerbit eksekutif siri ini.

Siri ini dibintangi oleh Freddie Highmore sebagai Shaun Murphy, seorang lelaki muda yang menghidap autistik savant yang menjadi pakar bedah pelatih di Hospital San Jose St. Bonaventure. Selain itu, siri ini turut dibintangi oleh Antonia Thomas, Nicholas Gonzalez, Beau Garrett, Hill Harper, Richard Schiff, dan Tamlyn Tomita.

The Good Doctor mula bersiaran di ABC pada 25 September 2017.