The Fox and the Hound
| The Fox and the Hound | |
|---|---|
Poster promosi panggung | |
| Pengarah | Ted Berman Richard Rich Art Stevens |
| Lakon layar | Ted Berman Larry Clemmons |
| Cerita oleh | Larry Clemmons Ted Berman David Michener Peter Young Burny Mattinson Steve Hulett Earl Kress Vance Gerry |
| Berdasarkan | The Fox and the Hound oleh Daniel P. Mannix |
| Dihasilkan oleh | Ron Miller Wolfgang Reitherman Art Stevens |
| Dibintangi | Mickey Rooney Kurt Russell Pearl Bailey Sandy Duncan Pat Buttram Jack Albertson Jeanette Nolan Dick Bakalyan Paul Winchell |
| Disunting oleh | James Koford James Melton |
| Muzik oleh | Richard Johnson Richard Rich Jim Stafford Jeffrey Patch (Lagu) Buddy Baker |
Syarikat penerbitan | |
| Diedarkan oleh | Buena Vista Distribution |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 83 minit |
| Negara | Amerika Syarikat |
| Bahasa | Inggeris |
| Bajet | $12 juta |
| Pecah panggung | $63,456,988 |
The Fox and the Hound (Rubah dan Anjing Pemburu) ialah sebuah filem animasi dari Amerika Syarikat yang diterbitkan pada tahun 1981 berdasarkan novel bernama sama yang ditulis oleh Daniel P. Mannix. Ia diterbitkan oleh Walt Disney Productions dan dikeluarkan di Amerika Syarikat pada 10 Julai 1981. Filem ke-24 dalam siri Filem Klasik Animasi Walt Disney mengisahkan cerita dua sahabat yang tidak berkemungkinan, seekor rubah merah bernama Tod dan seekor anjing pemburu bernama Copper, yang bertungkus-lumus untuk mengekalkan persahabatan mereka walaupun naluri mereka muncul dan tekanan sosial persekitaran menuntut mereka untuk bermusuhan.
Filem ini diarah oleh Ted Berman dan Richard Rich dengan menggunakan suara Kurt Russell, Mickey Rooney, Pearl Bailey, Pat Buttram, Sandy Duncan, Richard Bakalyan, Paul Winchell, Jack Albertson, Jeanette Nolan, John Fiedler, John McIntire, Keith Coogan, dan Corey Feldman. Pada masa keluarannya, filem ini merupakan sebuah filem animasi paling mahal yang diterbitkan dengan kos AS$12 juta. Filem The Fox and the Hound 2 juga telah dikeluarkan dalam bentuk DVD pada 12 Disember 2006.