Thabo Mbeki
Thabo Mvuyelwa Mbeki | |
|---|---|
| Dalam jawatan 14 Jun 1999 – 25 September 2008 | |
| Naib Presiden | Jacob Zuma Phumzile Mlambo-Ngcuka |
| Didahului oleh | Nelson Mandela |
| Digantikan oleh | Kgalema Motlanthe |
| Dalam jawatan 14 Jun 1999 – 25 Februari 2003 | |
| Didahului oleh | Nelson Mandela |
| Digantikan oleh | Mahathir Mohamad |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 18 Jun 1942 Idutywa, Afrika Selatan |
| Parti politik | ANC |
| Pasangan | Zanele Dlamini |
Thabo Mvuyelwa Mbeki (lahir 18 Jun 1942, Idutywa, Queenstown, Eastern Cape) merupakan ahli politik Afrika Selatan yang telah berkhidmat sebagai Presiden Afrika Selatan semenjak tahun 1999 sehingga September 2008. Pada 20 September 2008, beliau telah mengumumkan bahawa beliau akan meletak jawatan selepas satu seruan daripada Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan Kongres Kebangsaan Afrika.