Termostat
Termostat merupakan komponen yang melaraskan suhu sesebuah sistem agar ia sentiasa kekal pada takat suhu yang ditetapkan sistem tersebut. Komponen ini sering didapati dalam alat yang berfungsi melalui pengawalan suhu sama ada untuk tujuan pemanasan atau penyejukan, seperti sistem pemanasan bangunan, pemanas air, peti ais, pendingin hawa, dan ketuhar.