Penyaman udara

Penyaman udara (Jawi: ڤڽامن اودارا), pendingin hawa (sering tersilap tulis sebagai penghawa dingin) atau alat hawa dingin ialah suatu sistem atau mesin yang mengekalkan suhu dan kelembapan udara sesuatu persekitaran secara penyejukan dan pemanasan udara yang diserap kemudian dilepaskan setelah berubah sifat.

Kelengkapan ini sering dimanfaatkan untuk memberi keselesaan atau rasa nyaman kepada kependudukan ruang yang didiami tidak kira di rumah, pejabat atau kenderaan.