Terengganu City FC
| Nama penuh | Terengganu City Football Club |
|---|---|
| Gelaran | The Sharks |
| Diasaskan | Jun 2016 |
| Stadium | Kompleks Sukan Tengku Muhammad Ismail, UMT |
| Presiden | Mohd Johan Ismail |
| Liga | Liga FAM |
| Tapak sesawang | Laman kelab |
Terengganu City FC merupakan sebuah kelab bola sepak berasal dari Terengganu, Malaysia. Ditubuhkan pada Jun 2016 dan diasaskan oleh 4 orang penyokong bola sepak Terengganu yang bekerja dalam 4 profesion yang berbeza iaitu bidang kejuruteraan, arkitek, doktor perubatan dan juga penganalisis bola sepak. Kelab ini merupakan sebuah kelab bola sepak yang berasaskan komuniti dimana peminat akan mempunyai hak dalam menentukan hala tuju pasukan ini.
Pasukan ini berdaftar dengan Persatuan Bolasepak Melayu Terengganu (PBSMT). Pasukan ini berpusat di Kuala Terengganu, Terengganu. Mulai musim 2017, pasukan Terengganu City FC bermain dalam Liga FAM.