Teori kekacauan

Teori kekacauan ialah satu bidang kajian dalam matematik gunaan dan diaplikasikan dalam beberapa disiplin termasuk fizik, biologi ekonomi, dan falsafah. Teori kekacauan mengkaji perilaku sistem dinamik yang sangat sensitif terhadap keadaan awal; satu kesan yang popular diibaratkan seakan kesan kupu-kupu. Perbezaan kecil dalam keadaan awal (seperti yang disebabkan oleh kesalahan pembundaran dalam pengiraan) menghasilkan keputusan yang sangat mencapah untuk sistem kekacauan, menyebabkan ramalan jangka panjang menjadi tak munasabah secara amnya. Hal ini terjadi walaupun sistem ini deterministik, yang bererti perilaku masa depan mereka sepenuhnya ditentukan oleh keadaan awal mereka, tanpa unsur-unsur rawak yang terlibat.. Dalam erti kata lain, sifat deterministik sistem ini membuatkannya tidak boleh diramal. Perilaku ini dikenali sebagai kekacauan deterministik, atau hanya kekacauan.

Perilaku kacau dapat diperhatikan dalam sistem alam, seperti cuaca. Penjelasan tentang perilaku sebegini dapat diperolehi melalui analisis model matematik kacau atau melalui teknik analisis seperti plot jadi semula dan peta Poincaré.