Kesan kupu-kupu
Kesan kupu-kupu (butterfly effect) ialah satu metafora yang berkisar pada konsep kebergantungan sensitif pada keadaan asal dalam teori kekacauan; dalam erti kata lain, satu perubahan kecil pada satu tempat dalam sistem yang kompleks akan memberi kesan yang besar di tempat lain. Walaupuan perkara ini kelihatan agak esoterik (cuma difahami sebilangan orang) dan berperilaku ganjil, ia boleh difahami melalui sistem-sistem yang sangat ringkas: contohnya, sebiji bola yang diletakkan di puncak bukit mungkin akan berguling ke arah lembah-lembah yang berbeza, bergantung kepada sedikit perbezaan pada kedudukan asalnya. Kesan ini permajasan biasa ditemukan dalam cereka yang mempersembahkan senario melibatkan pergerakan antara titik masa lampau dengan titik masa sekarang dan dengan kes "bagaimana jika..?", di mana jalan cerita bertukar pada saat peristiwa yang dianggap minor menjadi dua hasil yang berbeza.