Tentera Penyelamat Arakan Rohingya

Tentera Penyelamat Arakan Rohingya
Arakan Rohingya Salvation Army
Kawasan utamaNegeri Rakhine Utara
Sempadan BangladeshMyanmar
Ideologi
Saiz~200 (Januari 2018)
500 –600 (anggaran 2016–17)
LawanLawan-lawan Negara:
 Myanmar  Bangladesh
Lawan-lawan bukan Negara:
Tentera Arakan
Pertubuhan Solidariti Rohingya
Pertempuran dan peperanganKonflik Rohingya
  • Pertembungan Negeri Rakhine Utara
Ditetapkan sebagai kumpulan pengganas oleh

Tentera Penyelamat Arakan Rohingya (ARSA), dahulunya dikenali sebagai Harakah al-Yaqin ( Arab: حركة اليقين, lit.'faith movement'), ialah kumpulan pembela Rohingya yang aktif di utara Negeri Rakhine, Myanmar. Menurut laporan Disember 2016 oleh International Crisis Group, ia diketuai oleh Ataullah Abu Ammar Jununi, seorang lelaki Rohingya yang dilahirkan di Karachi, Pakistan, dan dibesarkan di Mekah, Arab Saudi. Anggota kepimpinannya yang lain termasuk sebagai jawatankuasa pendatang asing Rohingya di Arab Saudi.

Jawatankuasa Pusat Anti-Keganasan Myanmar mengisytiharkan ARSA sebagai kumpulan pengganas pada 25 Ogos 2017 mengikut undang-undang memerangi keganasan negara itu. ARSA juga dianggap sebagai kumpulan pengganas oleh negara Malaysia.

ARSA telah dituduh oleh kerajaan Myanmar terlibat serta disubsidi oleh kumpulan Islam warga asing, walaupun tiada bukti kukuh yang membuktikan dakwaan sedemikian. ARSA kemudiannya mengeluarkan kenyataan pada 28 Ogos 2017, menggelar dakwaan kerajaan terhadap mereka sebagai "tidak berasas" dan mendakwa bahawa tujuan utamanya adalah untuk mempertahankan hak rakyat Rohingya. Di sebalik dakwaan ini, ahli ARSA telah ditangkap kerana membunuh dan melakukan pembakaran terhadap rakyat Rohingya lain tetapi yang sebenarnya ARSA membela etnik Rohingya yang lain. Ada satu lagi organisasi yang melakukan tindakan itu dan menuduh ARSA .