Tentera Laut Filipina
| Tentera Laut Filipina | |
|---|---|
| Hukbong Dagat ng Pilipinas | |
Mohor Tentera Laut Filipina | |
| Ditubuhkan pada | 20 Mei 1898 |
| Negara | Filipina |
| Jenis | Tentera laut |
| Saiz | 28,700 anggota aktif (termasuk 12,500 Marin) 15,000 anggota simpanan 81 buah kapal tempur 12 kapal bantuan 25 buah pesawat 8 buah kenderaan udara tanpa pemandu |
| Sebahagian daripada | Angkatan Tentera Filipina |
| Ibu pejabat | Stesen Tentera Laut Jose Andrada, Roxas Boulevard, Manila |
| Moto | "Protecting the Seas, Securing our Future" |
| Warna | Navy Blue |
| Pelaratan | Senarai peralatan Tentera Laut Filipina |
| Pertempuran |
|
| Laman web | www |
| Komander | |
| Panglima | Presiden Rodrigo Duterte |
| Setiausaha Pertahanan Kebangsaan | Delfin Lorenzana |
| Panglima Angkatan Tentera Filipina | Lt. Jen. Andres C. Centino, PA |
| Flag Officer in-Command, Tentera Laut Filipina | VADM Adeluis S. Bordado, PN |
| Timbalan Komander, Tentera Laut Filipina | Me. Jen. Nestor C. Herico, PN (M) |
| Panglima Tentera Laut | RADM Nichols A. Driz, PN |
| Command Master Chief of the Navy | MCPO Rosimalu D. Galgao, PN |
| Tanda kebesaran | |
| Ensign dan Jack | |
| Pennant | |
| Bendera | |
| LEncana bahu | |
Tentera Laut Filipina (Philippine Navy atau PN) (Filipina: Hukbong Dagat ng Pilipinas) merupakan cabang perkhidmatan peperangan laut dalam Angkatan Tentera Filipina. Ia dianggarkan memiliki kekuatan seramai 28,700 anggota aktif, termasuk 12,500 anggota Kor Marin Filipina. PN kini memiliki 80 buah kapal tempur, 13 buah kapal bantuan, 25 buah pesawat dan 8 buah pesawat udara tanpa pemandu. PN juga berkongsi tanggungjawab untuk meronda sempadan maritim bersama dengan Pengawal Pantai Filipina, dahulunya merupakan sebahagian daripada PN sebelum menjadi sebuah agensi penguatkuasaan undang-undang maritim berasingan pada tahun 1998.