Tentera Laut Brazil

Tentera Laut Brazil
Cop mohor Tentera Laut Brazil
Aktif1822 - kini
Negara Brazil
CawanganAngkatan Tentera Brazil
JenisTentera laut
Saiz60,000 anggota tetap
95 kapal, 111 pesawat
Sebahagian daripadaKementerian Pertahanan
Perintah Tentera Laut
Ibu pejabatBrasília/DF
PenaungMarquis of Tamandaré
WarnaBiru & Putih         
KawatCisne Branco
Pertempuran
Perang Kemerdekaan
Perang Argentina-Brazil
Perang Tatters
Perang Perikatan Tiga
Perang Dunia I
Perang Dunia II
Komander
Ketua KomanderLuiz Inácio Lula da Silva
Komander Tentera LautADM Júlio Soares de Moura Neto
Tanda kebesaran
Naval Ensign
Naval Jack
Pesawat udara
PenyerangMcDonnell Douglas A-4 Skyhawk
HelikopterSH-3 Sea King, AS-332 Super Puma, Super Lynx, Esquilo, Bell Jet Ranger, SH-60 Seahawk

Tentera Laut Brazil (Portugis: Marinha do Brasil) merupakan cabang tentera laut bagi Brazil dan sebahagian daripada komponen Angkatan Tentera Brazil. Ia merupakan tentera laut terbesar di Amerika Latin, dengan sebuah kapal pengangkut pesawat seberat 27,307-tan, iaitu NAe São Paulo (dahulunya FS Foch bekas Tentera Laut Perancis), beberapa kapal frigat buatan Amerika Syarikat dan Britain, sebilangan kecil kapal korvet binaan tempatan, kapal selam pantai berkuasa diesel-elektrik dan banyak lagi kapal peronda pantai dan sungai.

Tentera Laut Brazil juga mengandungi Kor Marin Brazil (Corpo de Fuzileiros Navais). Kor Marin terdiri daripada sebuah briged operasi dan beberapa batalion pengawal dan tugas istiadat. Kekuatan Kor Marin dianggarkan kira-kira 14,600 Marin (2004). Terdapat juga cabang Penerbangan Laut, dengan kira-kira 1,150 anggota. Keseluruhannya, terdapat kira-kira 60,000 anggota di dalam Tentera Laut Brazil.

Brazil telah memperuntukan hampir AS$500 juta bagi menghasilkan sistem pendorongan berkuasa nuklear buatan tempatan untuk kegunaan kapal selam dalam masa lapan tahun akan datang. Projek ini diuruskan oleh Tentera Laut Brazil.