Tensou Sentai Goseiger
| Tensou Sentai Goseiger | |
|---|---|
Logo Tensou Sentai Goseiger | |
| Genre | Tokusatsu |
| Pencipta | Saburo Yatsude |
| Ditulis oleh | Michiko Yokote Naruhisa Arakawa Akatsuki Yamatoya Saburo Yatsude Kento Shimoyama Junko Komura Daisuke Ishibashi |
| Pengarah | Takao Nagaishi Satoshi Morota Noboru Takemoto Katsuya Watanabe Shojiro Nakazawa Hiroyuki Kato Nobuhiro Suzumura |
Dibintangi oleh | Yudai Chiba Rika Sato Kyosuke Hamao Mikiho Niwa Kento Ono |
Pelakon suara | Katsuyuki Konishi Shōzō Iizuka Rikiya Koyama Nobuo Tobita Ikuya Sawaki Kouki Miyata Chafurin Kosuke Takaguchi Jurota Kosugi Marina Inoue |
Pencerita suara latar | Ikuya Sawaki |
Penggubah lagu tema | YOFFY Takafumi Iwasaki |
| Lagu pembukaan | Tensou Sentai Goseiger oleh NoB (Project.R) |
| Lagu penutup | Gotcha ☆ Goseiger oleh Hideyuki Takahashi (Project.R) Gotcha ☆ Goseiger TYPE 2 REMIX oleh Hideyuki Takahashi (Project.R) |
| Penggubah | Kazunori Miyake |
| Negara asal | Jepun |
| Bahasa | Jepun |
| Bilangan episod | 50 |
| Penerbitan | |
| Penerbit | Motoi Sasaki Jun Hikasa Go Wakamatsu Takahito Omori Koichi Yada Akihiro Fukada |
| Tempoh siaran | 30 minit (setiap episod) |
Syarikat penerbitan | TV Asahi Toei Company Toei Advertising |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | TV Asahi TV2, NTV7 |
| Siaran asal | 14 Februari 2010 – 6 Februari 2011 |
| Kronologi | |
| Mengikuti | Samurai Sentai Shinkenger |
| Diikuti oleh | Kaizoku Sentai Gokaiger |
| Pautan luar | |
| Laman sesawang | |
Tensou Sentai Goseiger (天装戦隊ゴセイジャー, Tensō Sentai Goseijā, [α]) adalah tajuk bagi siri ke-34 dalam siri televisyen Super Sentai dihasilkan oleh Toei Company Jepun. Ia mula disiarkan seminggu selepas episod terakhir Samurai Sentai Shinkenger pada 14 Februari 2010, dan dipaparkan dalam Super Hero Time bersama dengan edisi 2010 siri Masked Rider, Kamen Rider Double. Sebaik sahaja siri Double tamat, ia disiarkan bersama-sama siri Kamen Rider OOO sehinggalah Goseiger tamat pada 6 Februari 2011.Di Malaysia,Goseiger ini juga pernah ditayangkan di RTM TV2 pada setiap hari Sabtu,dan dialih suara dalam versi Bahasa Melayu
Pendatang baru Yudai Chiba melakonkan watak utama Alata. Pelakon drama Kyosuke Hamao dan Kento Ono, yang membuat penampilan sulungnya sebagai Eiji Kikumaru dan Renji Yanagi masing-masing dalam siri Tenimyu di 2000-an, menyertai barisan pelakon sebagai Agri dan Hyde masing-masing. Rika Sato, yang membuat penampilan sulung dalam acara permainan Quiz! Hexagon II, melakonkan watak pahlawan wanita Eri. Mikiho Niwa, yang merupakan ahli saat ini di kumpulan muzik Canary Club dari Nice Girl Project!, dan melakonkan watak pahlawan wanita kedua Moune. Dan seiyu veteran Katsuyuki Konishi menyuarakan sebagai Gosei Knight.