Tennessin

Tennessin,  117Ts
Ciri-ciri umum
Rupasepara logam (diramalkan)
Tennessin dalam jadual berkala
At

Ts

livermoriumtennessinoganesson
Nombor atom (Z)117
Kumpulan, kalakumpulan 17, kala 7
BlokBlok p
Konfigurasi elektron[Rn] 5f14 6d10 7s2 7p5
(diramalkan)
Bil. elektron per petala/cengkerang
2, 8, 18, 32, 32, 18, 7 (diramalkan)
Ciri-ciri fizikal
Fasapepejal (diramalkan)
Takat lebur623–823 K ​(350–550 °C, ​662–1022 °F) (diramalkan)
Takat didih883 K ​(610 °C, ​1130 °F) (diramalkan)
Ketumpatan suhu bilik hampir7.1–7.3 g/cm3 (ditentuluarkan)
Ciri-ciri atom
Tenaga pengionanpertama: 742.9 kJ/mol (diramalkan)
ke-2: 1435.4 kJ/mol (diramalkan)
ke-3: 2161.9 kJ/mol (diramalkan)
(lagi)
Jejari atomempirik: 138 pm (diramalkan)
Jejari kovalen156–157 pm (ditentuluarkan)
Rampaian
Nombor CAS54101-14-3
Sejarah
Penamaansempena wilayah Tennessee
PenemuanJoint Institute for Nuclear Research, Lawrence Livermore National Laboratory, Vanderbilt University dan Oak Ridge National Laboratory (2010)
Isotop utama bagi tennessin
Iso­top Kelim­pahan Separuh hayat Mod reputan Pro­duk


Ununseptium ialah nama sementara bagi unsur kimia buatan manusia superberat dengan simbol sementara Uus dan nombor atom 117. Unsur ini, yang juga dikenali dengan nama eka-astatin atau unsur 117 secara ringkas, ialah unsur kedua terberat yang pernah dihasilkan. Penemuannya pertama kali diumumkan pada 2010, apabila unsur itu dikatakan telah berjaya dihasilkan di Dubna melalui kerjasama Rusia dan Amerika. Satu lagi uji kaji yang dijalankan pada 2011 telah menghasilkan salah satu daripada hasil reputan ununseptium dengan kaedah yang berbeza dan sedikit sebanyak membuktikan hasil daripada uji kaji pada 2010. Uji kaji asal telah berjaya diulangi pada tahun 2012. Namun, Majlis Kerja Gabungan IUPAC/IUPAP (JWP) masih belum memberi respon sama ada ununseptium akan dikenalpasti sebagai telah ditemui.

Di dalam jadual berkala, ununseptium diletakkan di dalam kumpulan 17. Sebelum ini, semua ahli kumpulan 17 adalah halogen. Meskipun beberapa ciri-ciri utama ununseptium seperti takat lebur, takat didih dan tenaga pengionan pertama dijangkakan akan mengikuti arah aliran berkala, unsur ini paling berkemungkinan bukan sejenis halogen. Terdapat beberapa tanda yang mengatakan isotop-isotop yang lebih berat mempunyai kestabilan yang lebih tinggi, walaupun isotop yang lebih ringan adalah kurang stabil.