Tengku Budriah
| Raja Permaisuri Agong | |
| Tengku Budriah binti Tengku Ismail | |
|---|---|
| Raja Permaisuri Agong ke- | 3 |
| Yang di-Pertuan Agong | Tuanku Syed Putra Jamalullail |
| Negeri | Perlis |
| Kelahiran | 24 Mac 1924 Kuala Krai, Kelantan, Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu, Tanah Melayu British |
| Kemangkatan | 28 November 2008 (umur 84) Hospital Kuala Lumpur, Kuala Lumpur |
| Mula jawatan | 21 September 1960 |
| Tamat jawatan | 20 September 1965 |
| Penyandang terdahulu | Tengku Ampuan Jemaah |
| Penyandang kemudian | Tengku Ampuan Intan Zaharah |
Tengku Budriah binti Tengku Ismail Jawi: تڠكو بدريه بنت المرحوم تڠكو إسماعيل . diputerakan pada 28 Mac 1924 di Kuala Krai, Kelantan. merupakan Raja Perempuan Perlis dan Raja Permaisuri Agong yang ke-3.
Ayahanda Baginda merupakan kerabat diraja Kelantan iaitu Tengku Ismail dan bonda baginda ialah Tengku Besar Zubaidah binti Tengku Abdul Kader Pattani. Baginda memperoleh pendidikan awal di Sekolah Melayu Kuala Krai dan kemudiannya di Sekolah Inggeris Kuala Krai. Seterusnya baginda meneruskan pendidikan di Sekolah Menengah Anglo Chinese, Ipoh pada tahun 1935. Antara saudaranya adalah Tengku Muhammad Shah Ibni Tengku Ismail (1922-2001), Tengku Baniun Bt Tengku Ismail (1927-2013) dan Tengku Ahmad Rithauddeen Ismail (1928-2022). Seri Paduka Baginda Tengku Budriah berkahwin dengan Seri Paduka Baginda Tuanku Syed Putra pada tahun 1941 ketika baginda berusia 16 tahun. Baginda berdua dikurniakan 10 anakanda, lima putera dan lima puteri. Pada 12 Mac 1949 apabila Tuanku Syed Putra Jamalullail ditabalkan sebagai Raja Perlis, baginda Tengku Budriah turut ditabalkan sebagai Raja Perempuan Perlis. Seri Paduka Baginda sangat giat mengambil bahagian dalam pertubuhan amal untuk kemajuan dan kebajikan wanita. Baginda dilantik sebagai Penaung kepada pelbagai pertubuhan dan persatuan, dan pada hari ini baginda masih menjadi Pengerusi Taman Asuhan Darulfarah Tengku Hajah Budriah, Perlis dan menjadi Timbalan Presiden Majlis Kebajikan Wanita Islam Malaysia. Apabila Seri Paduka Baginda Tuanku Syed Putra dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-3, Seri Paduka Baginda Tengku Budriah turut ditabalkan sebagai Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dan baginda berdua berpindah ke Istana Negara, Kuala Lumpur. Baginda adalah Raja Permaisuri Agong yang ketiga antara 1960 dan 1965 dan menjadi Raja Perempuan Perlis bermula 1945 sehingga kemangkatan Tuanku Syed Putra Jamalullail pada 2000. Semasa menjadi Raja Permaisuri Agong, Seri Paduka Baginda telah dianugerahkan pelbagai darjah dan pingat kebesaran. Antaranya ialah D.K., S.S.P.J., S.M.N., A.M.N., S.P.M.K. dan juga anugerah dari Thailand, Kemboja, Jepun, Pakistan dan Emiriah Arab Bersatu.