Tembok Api Besar China
Tembok Api Besar China (Cina ringkas: 防火长城; Cina tradisional: 防火長城; pinyin: Fánghuǒ Chángchéng) ialah suatu sistem gabungan undang-undang dan teknologi yang dikuatkuasakan di Republik Rakyat China bertujuan mengawal kemasukan maklumat Internet dalam negara tersebut seperti mana peranan Tembok Besar China pada ketika dahulu - melalui pengharaman dan pengehadan fungsi laman web tertentu agar mengikut undang-undang yang ditetapkan pemerintah China. Penapisan ini turut mengesan terhadap pengembangan ekonomi internet dalam negeri China dengan menunjang syarikat-syarikat domestik serta mengurangi keefektifan produk-produk dibawa syarikat-syarikat internet luar negara.
Konsep ini pertama kali dicanangkan oleh Geremie Barmé, seorang pakar budaya Cina dan pemikir dari Australia pada tahun 1997.