Temasya Aidilfitri

Temasya Aidilfitri
GenreMuzik, Festival
PenciptaNoriah Letuar
PengarahJack Nadarajah
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Penerbitan
Tempoh siaranKira-kira 2 jam
Syarikat penerbitan
Radio Televisyen Malaysia
Penyiaran
Saluran asalTV1
Siaran asal1980 – 2021
Kronologi
MengikutiVaria Aidilfitri

Temasya Aidilfitri adalah sebuah rancangan hiburan khas Hari Raya Aidilfitri yang diterbitkan oleh Radio Televisyen Malaysia yang membariskan persembahan lagu-lagu raya dan sketsa secara tahunan untuk hiburan seisi keluarga. Rancangan ini mengumpulkan ramai artis dan bersiaran secara langsung pada malam hari raya pertama. Turut ditampilkan dalam rancangan ini adalah persembahan perdana di kaca televisyen mana-mana artis rakaman dengan lagu baharu masing-masing.

Sejak era 70an, rancangan konsert khas Aidilfitri mula bersiaran di kaca TV RTM secara rakaman dan semakin rancak menjelang 1990. Pada tahun 1989, buat pertama kali siaran langsung konsert muzikal Simfoni Aidilfitiri dianjurkan oleh RTM ditayangkan di kaca televisyen dengan diterajui oleh Biduanita Sharifah Aini. Kemudian, RTM memperkenalkan konsep baharu di mana barisan artis dan pelawak diundang menjayakan konsert yang menggabungkan lagu pop terbaru dan lagu hari raya sendiri pada tahun 1992. Ketika itu ia diberi nama sebagai "Variasi Aidilfitri". Bertitik tolak daripada kejayaan rancangan itu, RTM memperkenalkan konsert "Temasya Aidilfitri" padai tahun berikutnya sebagai salah sebuah program konsert hari raya secara tahunan dengan mengekalkan konsep yang hampir sama .