Isyarat (kejuruteraan elektrik)

Dalam bidang kejuruteraan elektrik, juga amnya di dalam perhubungan dan pemprosesan isyarat, isyarat (serapan Arab: ‫إ‬ِشَارَة, rumi: isyārah "tanda" terbitan kata kerja أَشَارَasyara "menunjukkan; menandakan") ialah satu kuantiti yang berubah dari segi masa atau ruang. Isyarat elektrik memainkan peranan memindahkan maklumat dalam bentuk analog mahupun digital.