Tel (arkeologi)

Dalam konteks bidang arkeologi di kawasan Timur Dekat Kuno, tal (Arab: تَلّ, rumi: tall 'anak bukit' diserap kepada bahasa Inggeris: tell) atau timbunan (bahasa Ibrani: תל tel) mengkhusus kepada binaan seperti bukit buatan manusia terhasil apabila endapan, debu, sampah, tanah dan sebagainya hasil kegiatan penduduk sesebuah penempatan terkumpul menimbun-nimbun berlanjutan secara turun-temurun sehingga muka bumi asal menjadi tinggi.

Tal biasanya dikaitkan dengan rantau Barat Jauh Asia kuno tetapi ia juga ditemui di tempat lain, seperti Eropah Selatan dan sebahagian Tengah, dari Yunani dan Bulgaria ke Hungary dan Sepanyol dan Afrika Utara. Di Barat Jauh, tal paling banyak di kawasan yang kurang gersang, seperti Mesopotamia Hilir, Syam Selatan, Anatolia dan Iran, yang semuanya diduduki dengan agak lama. Tal-tal Eurasia berasal dari zaman Neolitik, Tembaga, Gangsa dan Besi. Di Syam Selatan, zaman tal terhenti apabila Alexander Agung datang menakluk, yang memulakan zaman Helenistik dengan corak membina penempatan yang berbeza. Banyak tal di seluruh Barat Jauh terus diduduki dan digunakan hari ini.