Teksi

Teksi (Mal., Sin.) atau taksi (Ind.) ialah sejenis kenderaan sewa yang dipandu oleh seorang pemandu untuk mengangkut seorang atau sebilangan kecil penumpang ke destinasi pilihan mereka berbanding pengangkutan awam lain yang mana lokasi turun naik ditetapkan oleh pengendali perkhidmatan, bukannya penumpang.

Istilah ini berasal daripada istilah taxicab atau taximeter cab ciptaan Harry N. Allen, yang mengimport kereta teksi pertama ke Bandaraya New York dari Perancis, ia terdiri daripada:

  • perkataan cab, singkatan untuk cabriolet, iaitu sejenis kereta kuda.
  • taximeter pinjaman bahasa Perancis taximètre, berasal dari kata menggabungkan Bahasa Latin Pertengahan iaitu taxa yang bererti 'cukai', digabungkan dengan perkataan bahasa Yunani metron bermaksud 'ukuran'.