Batu Palermo

Batu Palermo
Batu Palermo, serpihan Sejarah Diraja Mesir yang ditempatkan di Palermo, Itali
Ketinggian 43.5 cm
Lebar 25 cm
Dicipta s. 2338 SM
Ditemui sebelum 1859
Lokasi sekarang Palermo, Sicily, Itali

Batu Palermo ialah salah satu daripada tujuh serpihan prasasti yang yang dikenali sebagai Sejarah Diraja Kerajaan Lama Mesir Purba. Prasasti ini mengandungi senarai raja-raja Mesir dari Dinasti Pertama (s. 3150–2890 SM) hingga ke bahagian awal Dinasti Kelima (s. 2392–2283 SM) dan mencatat peristiwa penting setiap tahun dalam pemerintahan mereka. Ia mungkin dibuat semasa Dinasti Kelima. Batu Palermo ditempatkan di Muzium Arkeologi Serantau Antonio Salinas di bandar Palermo, Itali, iaitu tempat sempena ia dinamakan.

Nama "Batu Palermo" kadangkala digunakan untuk ketujuh-tujuh serpihan Sejarah Diraja yang tinggal, termasuk yang disimpan di muzium di Kaherah dan London. Serpihan-serpihannya juga kadangkala dipanggil secara kolektif sebagai "Batu Sejarah Kaherah", walaupun istilah "Batu Kaherah" juga digunakan untuk serpihan-serpihan Sejarah Diraja yang di sekarang Kaherah.

Batu Palermo dan serpihan-serpihan lain dari Sejarah Diraja mencatat sebuah teks sejarah yang mungkin paling tua yang terpelihara dari Mesir Purba dan merupakan sumber sejarah Kerajaan Lama Mesir yang utama.