Tawakkol Karman

Tawakel Karman
توكل كرمان
Kelahiran (1979-02-07) 7 Februari 1979
Taiz, Yemen
WarganegaraYemen
PekerjaanWartawan, ahli politik and aktivis hak asasi manusia
Parti politikAl-Islah
Anak-anak3 orang
AnugerahHadiah Keamanan Nobel 2011
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "religion"

Tawakel Abdel-Salam Karman (Arab: توكل عبد السلام خالد كرمان Tawakkul ‘Abd us-Salām Karmān; juga Roman Tawakul, Tawakel) (lahir 7 Februari 1979) merupakan wartawan, ahli politik dan aktivis hak asasi manusia Yaman. Beliau mengetuai kumpulan "Wartawan Wanita Tanpa Rangkaian", yang diasas beliau pada tahun 2005.

Beliau telah menjadi tumpuan dunia apabila mengetuai pemberontakan Yaman 2011 yang juga sebahagian daripada pemberontakan Arab Spring. Beliau digelar "Wanita Besi" dan "Ibu Revolusi" oleh masyarakat Yaman. Beliau menerima Hadiah Keamanan Nobel pada tahun 2011 (bersama-sama Leymah Gbowee dan Ellen Johnson Sirleaf dari Liberia) menjadikan beliau rakyat Yaman dan wanita Arab pertama, serta wanita Islam kedua yang menerima Hadiah Nobel. Beliau juga penerima Hadiah Nobel kedua termuda setakat ini.