Tata Nano

Tata Nano
Maklumat
PengilangTata Motors
Juga dikenaliKereta Rakyat
Pengeluaran2008–sekarang
Pendahulutiada
KelasKereta bandar raya
Gaya badanHatchback 5 pintu
Reka letakRR
EnjinPetrol 2 silinder dengan suntikan bahan api Bosch (pemancit tunggal) aluminium 623 cc
PenghantaranManual 4 kelajuan
Jarak roda2230 mm
Panjang3100 mm
Lebar1500 mm
Tinggi1600 mm
Muatan30 L

Tata Nano adalah model kereta bandar raya yang dikeluarkan oleh syarikat automotif India, Tata Motors semasa Ekspo Kereta tahunan ke-9 pada 10 Januari 2008 di Pragati Maidan, New Delhi, India. Versi asas Nano (tanpa pendingin udara) berharga Rs 100,000 (tidak termasuk cukai dan bayaran tambahan) (AS$2500, GB£1277, €1700), menjadikannya kereta pengeluaran termurah di dunia. Pemilihan harga berkenaan menyebabkan Tata Nano digelar "kereta 1 lakh" (1 lakh bermaksud '100,000' dalam Bahasa Hindi).

Menurut Pengerusi Kumpulan Tata Ratan Tata, Tata Nano adalah kereta berkuasa 33 PS (33 bhp/24 kW) dengan enjin belakang bersesaran 623 cc pacuan roda belakang, serta penggunaan bahan api kereta ini adalah 4.55 L/100 km (51.7 bsg (AS), 62 bsg (UK)) di kawasan bandar, dan 3.85 L/100 km di lebuh raya (61.1 bsg (AS), 73.3 bsg (UK)). Ini adalah kali pertama sesebuah enjin petrol 2 silinder digunakan di dalam kereta dengan aci pengimbang tunggal. Tata Motors dilaporkan telah memfailkan beberapa paten mengenai inovasi dalam reka bentuk Nano, dengan sistem aliran kuasa sahaja memperolehi sebanyak 34 paten. Ketua Pusat Kejuruteraan Tata Motors, Girish Wagh diberi penghargaan kerana menjadi salah seorang yang bertanggungjawab di sebalik reka bentuk model Nano.

Menurut Tata, Nano mematuhi piawaian emisi Bharat Peringkat III dan Euro-IV.

Tata Nano mempunyai 21% lebih ruangan dalaman dan badan luaran yang 8% lebih kecil berbanding saigan terdekatnya, Maruti 800. Kereta tersebut akan didatangkan dalam pelbagai varian, termasuk satu varian asas dan dua varian lebih tinggi. Varian Deluxe mempunyai pendingin udara tetapi tiada stereng kuasa. Kereta tersebut akan dikeluarkan di kilang di Singur di Benggala Barat yang masih dalam pembinaan. Sasaran pengeluaran oleh Tata Motors adalah sebanyak 250,000 unit setahun.

Penggunaan enjin belakang bagi memaksimakan ruangan dalaman menjadikan Tana Nano serupa dengan model asal Mini buatan British, satu lagi 'kereta rakyat' yang inovatif secara teknikal. Kereta konsep serupa dengan Nano pernah dicadangkan oleh Kumpulan Rover UK pada tahun-tahun 1990-an untuk menggantikan model asal Mini, tetapi tidak dikeluarkan. Kumpulan Rover yang kini ditutup kemudian membina model City Rover berasaskan Tata Indica manakala 'kereta Mini baru' adalah model Mini (BMW) yang lebih besar dan lebih konservatif.