Tarkan

Tarkan
Maklumat latar belakang
Nama lahirTarkan Tevetoğlu
Juga dikenali
sebagai
Tarkan
Kelahiran17 Oktober 1972
Alzey
WarganegaraTurki
GenrePop rakyat, sezaman dewasa, pop rock, tarian-pop
PekerjaanPenyanyi dan penggubah
Alat muzikSuara
Tahun aktif1991
DiskografiLihat: Tarkan discography (en)
Syarikat rakamanHITT Production (en)
Atlantic Records
Universal Music Group
Pautan berkaitan
Tapak sesawangtarkan.com
Pautan lain
sunting · sunting di Wikidata


Tarkan Tevetoğlu atau lebih dikenali sebagai Tarkan, merupakan salah seorang penyanyi muzik pop di Turki. Dia telah menghasilkan beberapa album jualan-platinum sewaktu kerjayanya, dengan jualan sekitar 15 juta album . Dia juga digelar sebagai Putera Pop Turki.

Dia juga dikenali di tempat lain di Eropah dan di benua-benua Amerika, terutamanya dengan lagunya "Şımarık" (Spoilt/Kiss Kiss/Chanson Du Bisou/Besos). Ini telah dinamakan kembali sebagai "Kiss Kiss" oleh Holly Valance selepas Sezen Aksu menjual hak-hak muziknya. Lagu ini juga dikatakan punca berakhirnya hubungan kerja di antara Tarkan dan Aksu apabila mereka terbabit dalam persengketan mengenai milik hak cipta pada "Şımarık". Mereka pernah berkerjasama bagi menghasilkan kebanyakan lagu-lagu hit Tarkan di Turki dan Eropah. Satu lagi hit single ialah "Şıkıdım" (Shake).

Istanbul Plak merupakan label rekod Tarkan pertama, rekod labelnya sekarang adalah syarikat muziknya sendiri HITT Music, yang ditubuhkannya pada tahun 1997.

Tarkan juga merupakan watak popular dalam buku komik Turki 1960-an, dari mana Tarkan mendapat namanya. Asal nama Tarkan di ambil dari raja Turki silam.