Sezen Aksu

Sezen Aksu
Kelahiran
Fatma Sezen Yıldırım

(1954-07-13) 13 Julai 1954
Nama lainSezen Seley
Pendidikanİzmir Girls High School
Universiti Ege (berhenti)
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • penulis kagu
  • komposer
  • penerbit
  • pelakon
PasanganHasan Yüksektepe (k. 1972; c. 1972)
Ali Engin Aksu (k. 1974; c. 1978)
Sinan Özer (k. 1981; c. 1983)
Ahmet Utlu (k. 1993; c. 1997)
Anak-anak1 (bersama Sinan Özer)
Kerjaya muzik
GenrePop
Alat muzikSuara
DiskografiLihat: Sezen Aksu discography (en)
Syarikat rakaman
  • Hop
  • Kent
  • Kervan
  • Sembol
  • Fono
  • Coşkun
  • Foneks
  • Karma
  • Raks
  • PolyGram
  • Post
  • DMC
  • Seyhan
Kegiatan berkaitanOnno Tunç
Laman web rasmiwww.sezenaksu.com.tr
Tandatangan

Sezen Aksu (sebutan Turki: [seˈzen ˈaksu]; lahir Fatma Sezen Yıldırım; 13 Julai 1954) ialah penyanyi, penulis lagu dan penerbit Turki yang telah menjual sebanyak 40 juta album seluruh dunia. Nama samarannya termasuk "Ratu Pop Turki" dan Minik Serçe.

Pengaruh Aksu terhadap muzik dunia dan pop Turki mula beterusan sejak memulakan kerjaya muzik pada 1975, dan digerakkan oleh penaungnya dan kolaborasi bersama ramai pemuzik lain, termasuk Sertab Erener, Şebnem Ferah, Aşkın Nur Yengi, Hande Yener, Yıldız Tilbe, Işın Karaca, Seden Gürel, Harun Kolçak dan Levent Yüksel. Sezen Aksu juga dikenali sebagai penulis lagu paling berjaya. Karyanya bersama Tarkan membawa kepada kejayaan lagu popular seperti "Şımarık" dan "Şıkıdım" dan kolaborasinya bersama Goran Bregović memperolehinya perhatian anatarbangsa. Pada tahun 2010, NPR menamakan beliau sebagai salah seorang "50 Suara Terhebat" dunia.