Joget

Tarian Joget
Nama asliJoget/Ronggeng
EtimologiJoget inspirasi daripada Branyo
PenciptaOrang Kristang,Melayu Malaysia
Asal usulMelaka,Malaysia

Tarian Joget , Joget , Ronggeng (Jawi: تارين جوڬيت,جوڬيت‎,روڠڬيڠ‎) merupakan sejenis tarian Melayu tradisional yang lazim di Malaysia, terutamanya di negeri Melaka. Tarian ini biasa dipersembahkan ketika upacara Mandi Safar.

Tarian ini dipercayai berasal daripada tarian orang Kristang iaitu Branyo yang sendirinya daripada suatu tarian tradisi masyarakat Algarve di Portugal iaitu Coridinho.

. Ketika itu Joget diiringi lagu-lagu khusus seperti "Jingkling Nona" tetapi sekarang banyak lagu-lagu dihasilkan seperti Joget Serampang Laut, Joget Rentak 106, Joget Johore Sport Club, Joget Pucuk Pisang dan lain-lain lagi. Tarian ini begitu terkenal sebagai acara bagi memeriahkan majlis-majlis perkahwinan dan keramaian.

Joget juga dikenali sebagai ronggeng yang mengambil nama daripada perkataan “wrong gang” kerana ditarikan secara berpasangan lelaki dan wanita.