Mandi Safar
Mandi Safar merupakan satu perayaan dahulu pernah diadakan banyak masyarakat Melayu khususnya di Semenanjung Melayu (dalam negeri-negeri Melaka, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak), Kepulauan Riau bahkan sejauh Kalimantan Barat. Temasya ini mendapat namanya dari pengadaan setiba bulan Safar yang kedua dalam kalendar Islam di mana hari Rabu terakhir bulan ini menjadi tumpuan orang ramai bermandi-manda di pantai laut dengan tujuan kononnya menolak bala meskipun tidak berasas dalam agama Islam sendiri; namun ada juga yang mengambil peluang ke pantai untuk tujuan lebih sekular seperti berkelah.