Tardigrada

Tardigrada
Julat zaman:
Spesies Milnesium tardigradum,
Pengelasan saintifik
Alam:
Subalam:
Classes
  • Eutardigrada
  • Heterotardigrada
  • ?Mesotardigrada (diragui)

Tardigrada (serapan bahasa Itali bermaksud "penginjak perlahan") adalah suatu filum haiwan bercirikan badan yang kecil seni, bersegmen serta berkaki lapan. Ia sebahagian dari superfilum Ecdysozoa yang terdiri daripada haiwan yang tumbuh melalui ekdisis seperti artropoda dan nematoda. Terdapat kira-kira 1,300 spesies yang diketahui dalam filum Tardigrada dijumpai mana-mana dalam biosfera Bumi dari puncak gunung hingga ke laut dalam dan gunung berapi lumpur dan dari hutan hujan tropika hingga kawasan sekitar Antartika.

Haiwan-haiwan dalam filum ini boleh hidupan digolong dalam filum ini diketahui kerana ketahanan ia dalam keadaan persekitaran yang melampau baik dari segi suhu, tekanan serta kandungan udara dan air yang barangkali boleh segera membunuh banyak hidupan lain yang diketahui. Malah, ia didapati mampu bertahan kepada radiasi sehingga selamat dari pendedahan dalam persekitaran angkasa lepas.