Ekdisis
Ekdisis (daripada Bahasa Yunani Kuno: ἐκδύω – ekduo – menanggalkan) merupakan peluruhan kulit ari bagi kebanyakan invertebrata. Proses peluruhan ini merupakan ciri penentuan klad Ecdysozoa, yang terdiri daripada artropod, nematod, cacing baldu, cacing bulu kuda, rotifer, tardigrad, dan Cephalorhyncha. Memandangkan kulit ari haiwan ini selalunya membentuk rangka luar yang tidak anjal, ia terpaksa digugurkan ketika pembesaran untuk digantikan oleh litupan yang lebih besar.
Istilah untuk kutikel atau kulit ari yang ditanggalkan ialah exuviae.Selepas proses ekdisis, arthropod dipanggil teneral; berwarna pucat dan berbadan lembut.