Taoyuan

Bandaraya Taoyuan
桃園市
Tōen, Toahong
Dari kiri ke kanan, atas ke bawah: Pesawat penumpang China Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan, daerah Taoyuan, Pelabuhan Perikanan Yong'an, Stesen HSR Taoyuan, seni bina Baroque di Jalan Daxi Lama, Takungan Shihmen, Air Terjun Wulai Kecil
Koordinat: 24°59′28.6″N 121°18′51.58″E / 24.991278°N 121.3143278°E / 24.991278; 121.3143278
Negara Republik China
PusatDaerah Taoyuan
Daerah
13
  • Taoyuan
  • Zhongli
  • Daxi
  • Yangmei
  • Luzhu
  • Dayuan
  • Guishan
  • Bade
  • Longtan
  • Pingzhen
  • Xinwu
  • Guanyin
  • Fuxing
Pentadbiran
 • Badan
  • Kerajaan Bandaraya Taoyuan
  • Majlis Bandaraya Taoyuan
Keluasan
 • Bandar raya tadbiran langsung1,220.95 km2 (471.41 batu persegi)
 • Bandar
1,140 km2 (440 batu persegi)
 • Pemeringkatan14 of 22
Penduduk
 (Oktober 2019)
 • Bandar raya tadbiran langsung2,245,059
 • Pemeringkatan5 / 22
 • Kepadatan1,800/km2 (4,800/batu persegi)
 • Bandar
8,535,000
 • Kepadatan bandar7,500/km2 (19,000/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (Waktu Piawai Nasional)
Poskod
320-338
Kod ISO 3166TW-TAO
BurungTiung Biru Formosa (Urocissa caerulea)
BUngaPic
PokokPic
Laman sesawangwww.tycg.gov.tw (dalam bahasa Inggeris)
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "area_magnitude"
Taoyuan City
Tulisan Cina Tradisional桃園
Tulisan Cina Ringkas桃园

Taoyuan merupakan sebuah bandar raya tadbiran langsung (atau perbandaran khas) yang terletak di bahagian barat laut Taiwan, bersebelahan dengan Bandar Taipei Baru, Jajahan Hsinchu, dan Jajahan Yilan. Pusat pentadbirannya terletak di Daerah Taoyuan yang membentuk sebuah kawasan metropolitan bersama Daerah Zhongli. Taoyuan berkembang daripada bandar satelit di kawasan metropolitan Taipei kepada kawasan metropolitan keempat terbesar dan bandar kelima paling ramai penduduk di Taiwan. Kemudahan berulang-alik dalam lingkungan metropolitan Taipei menyebabkan pertumbuhan penduduk yang amat pesat di Taoyuan.

"Taoyuan" dalam bahasa Cina bermaksud "kebun buah pic" kerana pernah terdapat banyak pokok pic di kawasannya. Di sinilah terletaknya sebilangan besar taman perindustrian dan ibu pejabat syarikat teknologi, serta Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan yang melayani ibu kota Taipei dan seluruh Taiwan utara.

Bandaraya Taoyuan dinaiktaraf daripada Jajahan Taoyuan kepada bandar raya tadbiran langsung pada tahun 2014. Pada masa yang sama, bandar Taoyuan yang dahulunya ditadbir oleh jajahan, turut dinaiktaraf kepada Daerah Taoyuan di dalam perbandaran baharu.