Tanjung Batu (kawasan negeri)

Tanjung Batu
Kawasan pilihan raya  Sabah
Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Tawau sebagai pusat mengundi dalam daerah mengundi Tanjung Batu.
Bahagian pilihan raya negeri
Badan perundanganDewan Undangan Negeri Sabah
ADUN
 
 
 
Andi Muhammad Suryady Bandy
BN
Kawasan pilihan raya diwujudkan2003
Kali pertama dipertandingkan2004
Kali terakhir dipertandingkan2020
Demografi
Pemilih (2020)14,875
Luas (km²)11

Tanjung Batu ialah sebuah kawasan negeri di Sabah, Malaysia yang diwakili dalam Dewan Undangan Negeri Sabah. Kawasan pilihan raya negeri ini terletak di dalam kawasan pentadbiran Bahagian Tawau dalam Daerah Tawau. Tanjung Batu juga merupakan salah satu kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah yang terletak dalam zon kawasan parlimen Kalabakan, iaitu kawasan parlimen yang terletak di tenggara negeri Sabah. Kod bagi kawasan pilihan raya ini ialah N71. Kawasan ini dimandatkan mengembalikan seorang ahli kepada Dewan Undangan di bawah sistem undi pemenang undi terbanyak.