Tanan berdaftar kasar

Tanan berdaftar kasar (bahasa Inggeris: gross register tonnage, atau singkatannya GRT, grt, g.r.t.) menunjukkan jumlah isipadu dalaman kapal, dengan pengecualian bagi ruang yang tidak produktif. Satu tanan berdaftar kasar adalah bersamaan dengan isipadu 100 kaki padu (~2.83 m³). Tanan berdaftar kasar bukanlah satu istilah untuk jumlah berat kapal atau sesaran dan tidak boleh dikelirukan dengan istilah seperti tanan kasar, tanan bersih, berat mati atau sesaran.

Pengiraan tanan berdaftar kasar adalah sangat rumit. Ruang palka boleh diisi dengan bijirin (pengiraan meliputi keseluruhan ruang udara palka) atau bandela (pengiraan tidak mengambil kira kehilangan ruang antara rusuk kapal). Selain itu, sesetengah ruang yang tidak produktif dikecualikan dari pengiraan.