Tamrin Abdul Ghafar
Mohd Tamrin Abdul Ghafar | |
|---|---|
| Ahli Parlimen Malaysia bagi Batu Berendam (P112) | |
| Dalam jawatan 1986–1995 | |
| Digantikan oleh | Mohd Ali bin Mohd Rustam |
| Dalam jawatan 15 Januari 1991 – 12 Januari 1993 | |
| Didahului oleh | Ismail bin Said |
| Digantikan oleh | Mohamed Nazri bin Abd. Aziz |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 10 Ogos 1947 |
| Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia (2012-2014) (1982-2012) |
| Pertalian | Muhammad Zahid Md Arip (anak saudara) |
| Ibu bapa |
|
| Pekerjaan | Ahli politik |
Dato' Mohd Tamrin bin Tun Datuk Seri Utama Abdul Ghafar adalah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu yang pernah menjadi Ahli Parlimen kawasan Batu Berendam, Melaka dari tahun 1986 hingga 1995. Beliau juga pernah menjadi Pengerusi MARA dari tahun 1991 hingga 1993.
Beliau turut bersama menubuhkan Angkatan Amanah Merdeka dengan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Datuk Zaid Ibrahim, Datuk Seri Ong Tee Keat, Datuk S. Subramaniam, Datuk Seri Wilfred Bumburing, Datuk Seri Bujang Ulis, Datuk Mazlan Harun dan Datuk Seri Daniel Tajem.
Pada 12 Ogos 2012, beliau secara rasminya menyertai PAS. Bekas MP Umno yang sering kelihatan di program anjuran PAS berkata, beliau membuat keputusan tersebut selepas memikirkan perkara itu untuk sekian lama.