Taman Serendah Sekebun Bunga Cerang Tegayong

Pada abad ke-17, menurut Ahli sejarah dan berdasarkan kisah yang telah diturun-temurunkan oleh masyarakat di Kelantan, tempat ini dinamakan sebagai Taman Serendah Sekebun Bunga Cerang Tegayong iaitu satu nama yang agak menarik telah diberikan sendiri oleh Cik Siti Wan Kembang (Raja dan Pemerintah Kelantan Ke-6) pada ketika itu, dikatakan Cik Siti Wan Kembang pernah bersemayam di atas singahsana istana yang dulu pernah didirikan di atas bukit dalam taman ini, Cik Siti Wan Kembang yang pada ketika itu sedang memerintah di Gunung Chinta Wangsa kini terletak dalam daerah Dabong, Kuala Krai, Kelantan.