Taman Negeri Diraja Belum
| Taman Negeri Diraja Belum | |
|---|---|
| Koordinat | 5°32′58.91″N 101°20′52.4″E / 5.5496972°N 101.347889°E |
| Luas | 117,500 he (290,000 ekar) |
| Didaftarkan | 3 Mei 2007 |
| Pengendali | Perbadanan Taman Negeri Perak |
| Laman sesawang | https://www.royalbelum.my |
| sunting | |
Taman Negeri Diraja Belum (Jawi: تامن نڬري دراج بلوم), atau Belum–Temenggor (Jawi: بلوم–تمڠڬور) terletak di Daerah Hulu Perak di hujung utara negeri Perak, Malaysia. Merangkumi sebahagian besar Tasik Temenggor di bahagian utara Banjaran Titiwangsa, luas kawasan bagi hutan simpanan ini dilaporkan meliputi seluas 300,000 hektar.
Kawasan ini dibahagikan kepada bahagian atas dan bahagian bawah. Bahagian atas hutan belum ini ditutupi oleh 117,500 hektar kawasan hutan yang tebal dan memasuki sempadan Thailand-Malaysia. Kawasan hutan yang luas ini boleh dianggap seperti tembok semula jadi dan digazetkan di bawah peruntukan Akta Perhutanan Negara 1984. Taman simpanan Belum dan Temenggor dibiarkan tumbuh meliar kerana Kerajaan Perak telah memutuskan untuk mengekalkan kawasan tersebut sebagai simpanan semulajadi bagi tujuan penyelidikan. Bahagian atas Taman Negeri Diraja Belum adalah lebihan 90% yang belum diteroka manakala bahagian bawah umumnya dilitupi oleh hutan sekunder.