Taman Burung Jurong
| Taman Burung Jurong | |
|---|---|
Taman Burung Jurong | |
| 1°19′05″N 103°42′26″E / 1.31806°N 103.70722°E | |
| Tarikh dibuka | 3 Januari 1971 |
| Lokasi | Jurong, Singapura |
| Keluasan tanah | 20.2 he (50 ekar) |
| Bil. haiwan | 5,000 |
| Bil. spesies | 380 |
| Pelawat tahunan | 900,000 (2010) |
| Tapaksesawang | www |
Taman Burung Jurong (Bahasa Cina: 裕廊飞禽公园; Tamil: ஜுரோங் பறவை பூங்கா), merupakan tempat tarikan pelancong di Singapura dan diuruskan oleh Wildlife Reserves Singapore. Tempat ini merupakan taman berlandskap yang dibina di cerun barat Bukit Jurong. Selain itu, ia juga terletak di antara Kawasan Perancangan Boon Lay dari daerah Jurong dan mempunyai keluasan sebanyak 202,000 meter persegi (50 ekar).
Pada 2016, syarikat Mandai Wildlife Group mengumumkan pemindahan taman burung ini ke suatu lokasi lebih besar di Mandai Lake Road pada 2020 menggabungkan tiga taman alam liar sedia ada membentuk suatu taman alam sekitaran raya dikenali sebagai Mandai Wildlife Reserve. Syarikat ini mengumumkan taman baharu ini dinamakan Bird Paradise pada 2021. Pada 2022, taman burung ini diumumkan bakal ditutup pada 3 Januari 2023 menamatkan pemindahan semua burungnya ke Bird Paradise Mandai.